Tentang Ning Salmah

a2

Bagaimana Ning Salmah Bermula..

Sharifah Ning Salmah dilahirkan pada tahun 1890an. Bapanya berasal dari Mekah dan ibunya merupakan kerabat diRaja Kedah. Sejak dari umur yang muda, beliau sudah diturunkan ilmu penjagaan kesihatan dan kecantikan diri yang diamalkan di dalam istana.

Cucundanya, Datin Sharifah Anisah Barakbah, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang yang sama dan telah menerajui industri herba negara dengan memperkenalkan produk Nona Roguy. Setelah 50 tahun berkecimpung dalam bidang ini, Beliau terkenal dengan pengongsian ilmu kesihatan dan kecantikan wanita dalam setiap ceramah yang telah diberi, baik di dalam atau luar negara.

Sejak dari umurnya 5 tahun lagi, Sharifah Aliyah Barakbah, telah mengikuti Tok Mama (Datin Sharifah Anisah) ke sesi ceramah dan sedikit sebanyak mempelajari ilmu warisan ini. Setelah bergelar ibu, dia mempunyai keinginan untuk berkongsi tentang rahsia warisan kesihatan yang telah banyak menolong keluarganya ini. Maka lahirlah Legasi Ning Salmah dengan produk-produk yang belum pernah lagi dikongsi luar dari keluarga mereka.