RISIKO KELAHIRAN PRAMATANG

Apakah ertinya kelahiran pramatang?

Dalam terma perubatan, kelahiran pramatang, yang juga dikenali sebagai kelahiran pramasa atau prematur, berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan.

Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.

Teruskan membaca