Para ibu muda mesti tertanya-tanya apakah tanda-tanda bersalin maklumlah kelahiran pertama.
Antara kejadian yang dialami oleh para ibu berpengalaman ialah seperti perut memulas berulang kali dan terasa seperti mahu membuang air besar! Pinggang pula terasa seperti hendak patah dan perut pula bagaikan mahu pecah! Argghhh, air apa yang mengalir ni? Aduh, kenapa ada lendir dan darah ni?
Mama jangan panik bila berdepan situasi di atas! Itu adalah antara signal waktu anda untuk bersalin telah pun tiba. Namun bukan itu sahaja mama perlu tahu tanda-tanda berikut juga mungkin salah satu signal bakal anda alami.