Sebagai seorang ibu, tentu sahaja anda berasa geram dengan tabiat buruk anak dan terfikir bagaimanakah cara terbaik hendak menghentikan perbuatan tersebut. Bimbang jika tidak dihentikan, tabiat tersebut berlarutan sehingga mereka dewasa.
Mengenal pasti punca adalah langkah awal yang mesti dilakukan oleh anda apabila hendak mengatasi tabiat buruk si anak. Sebenarnya mengikut faktor psikologi, kanak-kanak yang gemar menggigit kuku mempunyai alasan tertentu mengapa mereka melakukan tabiat tersebut.
Ibu dan ayah perlu memahami kebiasaan anak yang suka menggigit kuku. Jika anda tidak pernah melalui pengalaman tersebut ketika kecil mungkin sukar bagi anda memahaminya dan kemungkinan anda cepat naik angin apabila anak terus melakukan perbuatan tersebut.
Antara punca anak gemar menggigit kuku adalah perasaan mereka yang kebosanan, Teruskan membaca