Hari raya bakal tiba mesti semua keluarga tidak sabar-sabar pulang ke kampung. Buat Ibu Hamil yang bakal menempuh perjalanan panjang pulang beraya, kami ingin kongsikan beberapa tips yang boleh diguna pakai sepanjang perjalanan:
Tag Archives: ibu sihat
MABUK HAMIL DAN KESAN TERHADAP BAYI
Dianggarkan 8 daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu pertama kehamilan dengan rasa tidak sihat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri.
Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan.
Dalam pada itu juga, ada segelintir wanita turut risau mengenai anak dalam kandungan disebabkan keadaannya yang mengalami situasi tersebut.
TIPS UNTUK PARA IBU YANG BERPUASA DAN TIDAK JEJAS KUANTITI SUSU
Biarpun mencabar namun ibu menyusu juga mampu meneruskan ibadah puasa dengan semangat dan iltizam yang tinggi. Kajian membuktikan bahawa puasa bagi ibu menyusu sememangnya selamat dan jumlah pengeluaran susu ibu tidak akan berkurangan asalkan ibu tidak mengalami dehidrasi.
Elakkan daripada mengalami stres kerana mengurus rumah tangga, mengasuh anak dan aktiviti lain. Justeru ibu menyusu juga boleh menikmati nikmat berpuasa di bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali. Cuba tip berikut agar memudahkan perjalanan puasa anda ketika menyusukan anak.
8 JENIS IBU HAMIL YANG DILARANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Peluang untuk berpuasa penuh memang sesuatu perkara yang sangat dinantikan oleh kaum wanita. Hanya ibu hamil dan ibu menyusu yang masih belum datang haid sahaja berpeluang menikmati ‘rezeki’ tersebut. Namun tak semua ibu hamil mampu untuk berpuasa penuh atas faktor kesihatan.
Kehamilan di trimester awal mungkin memberi komplikasi bagi sesetengah ibu hamil apatah lagi pada peringkat ini bayi dalam kandungan sangat memerlukan nutrien untuk membesar. Maka sebelum ibu hamil memutuskan untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan ini, sebaiknya berbincang dahulu dengan doktor pakar yang merawat anda.
Penerangan dari Dr.Zubaidi Haji Ahmad dalam blognya bagus dijadikan panduan kepada semua ibu hamil yang hendak berpuasa.
RISIKO KELAHIRAN PRAMATANG
Apakah ertinya kelahiran pramatang?
Dalam terma perubatan, kelahiran pramatang, yang juga dikenali sebagai kelahiran pramasa atau prematur, berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan.
Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.