TIPS MENJAGA ANAK CHICKENPOX

“Alamak apa bintik-bintik merah kat badan Aina ni? Macam chickenpox je. Ahh sudah..”

Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena chickenpox atau jangkitan cacar air.

Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘salam’. Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda.

Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah selsius menandakan dia diserang demam.

Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin ‘meriah’ di seluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu akan menjadi lepuh air.

Memang sah anak anda diserang chickenpox!

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.


Teruskan membaca

CIRI-CIRI BOTOL SUSU YANG SELAMAT UNTUK ANAK ANDA

Bisphenol A (BPA) adalah unsur bahan utama bagi pembentukan botol plastik polikarbonat. Ia didunakan kerana lebih tahan lama, bewarna jernih dan tahan haba. Selain digunakan untuk membuat botol plastic, ia digunakan meluas dalam pembuatan barangan mainan kanak-kanak.

Oleh kerana BPA adalah unsur kimia yang tidak stabil, ia boleh terhurai keluar dari botol susu bayi apabila ia dipanaskan berulang kali, atau membasuh botol dengan air panas atau memakai botol yang sama pada waktu yang lama.

Teruskan membaca

TIPS MUDAH MENGAJAR ANAK UNTUK SUKA MEMBACA

Memupuk minat membaca mestilah bermula dari rumah. Rumah adalah surga bagi keluarga. Memang teruja apabila melihat kanak-kanak seawal 3-4 tahun boleh membaca buku dengan cukup lancar. Zaman sekarang tidak perlu tunggu sehingga anak pergi tadika. Semuanya boleh diajarkan di rumah. Mari kita lihat apa tips mudah ajar anak agar cepat membaca.

Teruskan membaca

KEPENTINGAN CAR SEAT UNTUK SI MANJA ANDA!

Apabila sudah bergelar ibu, kalau boleh 24 jam kita hendak peluk, dukung, riba dan cium anak. Itu naluri semula jadi yang dialami oleh semua ibu bapa. Namun ia sama sekali tak boleh diguna pakai ketika anda berada dalam kenderaan!

Walaupun keinginan untuk mendukung dan memeluk anak sangat tinggi tapi anda perlu pisahkan seketika bayi untuk duduk di dalam kereta keselamatan bayi atau carseat ketika dalam kereta.

Sudah banyak kejadian kemalangan melibatkan kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta dan sebagainya. Ngeri dan sedih mendengar dan menyaksikan kejadian tersebut. Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil anda perlu jadikan kisah tersebut sebagai pengajaran.

Teruskan membaca

TIPS UNTUK MEMUPUK KASIH SAYANG ANTARA ADIK BERADIK SEJAK KECIL

Melihat wajah anak-anak, sudah tentu para ibu bapa melihat mereka dengan beribu harapan. Salah satu darinya pasti mengharapkan mereka adik beradik sentiasa bersatu dan saling sayang menyayangi sampai bila-bila. Sebenarnya harapan anda itu haruslah di usahakan daripada anak-anak masih kecil lagi. Bab kata pepatah jikalau mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini antara perkara yang perlu anda lakukan semasa anak-anak masih kecil kalau anda mahu hubungan adik beradik anak-anak terus kukuh dan bahagia sampai bila-bila.

Teruskan membaca

AMALAN WAJIB IBU BAPA PERLU BUAT BIAR ANAK TIDAK NAKAL LAGI!

Bukan mudah untuk membesarkan anak di zaman yang sangat mencabar sekarang ini. Majoriti anak-anak walaupun masih di bawah usia 6 tahun tetapi sudah biasa dengan ‘handphone’ dan maka berapa banyak maklumat dan pendedahan yang diperoleh oleh si kecil itu.  Kalau  yang positif tak mengapa tapi kalau semuanya negatif, siapa yang tak risau.

Kanak-kanak memang terkenal dengan kelasakan dan ‘kenakalan’ mereka. Biasalah kalau budak-budak ada nakalnya, kita tak boleh harap mereka duduk diam 24 jam. Sebenarnya aktif dan ‘nakal’ kanak-kanak kerana mereka belajar banyak perkara di persekitarannya. Namun, demikian ada juga kalangan anak-anak yang terlalu aktif dan nakal hingga mengganggu orang lain atau persekitaran mereka.

Selain berusaha melakukan pelbagai tip dan kaedah mendidik anak yang dikongsi oleh para ilmuawan dalam bidang pendidikan awal anak, ibu bapa yang beragama Islam juga hendaklah berusaha mengamalkan amalan yang disarankan oleh para agamawan.

Teruskan membaca

KAEDAH FLASHCARD DAPAT MERANGSANG OTAK BAYI

Flashcard (kad imbasan)…nampak bagus sekali untuk baby mama. Kad dengan gambar-gambar binatang ini pasti menggembirakan anakku. Eh, ada yang bergambar kartun…comelnya! Sesuaikah untuk si kecilku itu?

Ada pula yang mempunyai gambar dan perkataan di bawah gambar. Mungkin aku boleh mengajar si kecilku yang kini baru masuk usia setahun, membaca serta mengenal gambar sekali gus. Idea yang bagus…atau tidak? Mana harus kupilih? Perlukah aku membelinya…”

Mungkin ini apa yang sering anda fikirkan semasa berada di kedai buku untuk mencari bahan pendidikan si kecil. Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita menggunakan flashcard untuk mengajar anak? Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya sama ada pro dan kontra.

Teruskan membaca

7 SENARAI DOA MUSTAJAB UNTUK ANAK-ANAK

Apa pentingnya ibu bapa bacakan doa untuk anak?

Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Perlu diingat bahawa selain usaha kita, satu lagi faktor penentu kejayaan anak-anak adalah keberkatan.

Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa ibu bapa.

Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa untuk anak ini semuanya diekstrak daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang hayat.

 7 SENARAI DOA MUSTAJAB IBU BAPA MESTI BACAKAN UNTUK ANAK Teruskan membaca

IDEA KREATIF MENDIDIK ANAK

Dunia kanak-kanak penuh fantasi. Oleh kerana itu, segala bentuk pembelajaran bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah adalah bermain sambil belajar. Pendekatan ini membuatkan kanak-kanak tidak berasa bosan untuk mengikuti pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pentadbir.

Penah tak anda mendengar tentang permainan kain payung terjun warna warni atau dikenali juga sebagai parachute?

Teruskan membaca

MASALAH TIDUR ANAK

Ibu bapa mesti selalu hadapi masalah pabila anak terlalu aktif dan mahu bermain sepanjang masa dan anak selalu menolak jika ingin tidurkan dia pada waktu siang. Waktu malam pun tidurnya agak lewat. Kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun memerlukan tidur lebih kurang 11 hingga 13 jam sehari. Apa yang merisaukan ramai ibu bapa ialah adakah anak-ank anda tidur dengan  cukup?

Teruskan membaca