5 SEBAB ANAK ANDA PERLU DIELAK DARIPADA DICIUM & DIGOMOL PADA HARI RAYA

Menjelang Hari Raya yang tinggal tak berapa hari lagi, sudah tentu masing-masing sibuk merancang untuk pulang ke kampung. Bagi yang ada anak kecil terutama bayi, sudah tentu kepulangan paling dinantkan.Ramai yang tidak sabar hendak menyambut si comel pulang ke kampung.

Biarpun tak sabar hendak pulang berhari raya di kampung halaman bersama si comel tersayang tetapi jangan lupa tentang risiko yang mungkin dihadapi oleh anak anda. Risiko bayi comel anda mendapat perhatian daripada ramai sanak saudara dan kaum keluarga di hari raya nanti memang tinggi.

Siapa yang tidak geram melihat pipi gebu dan badan montel si bayi comel. Semua orang hendak dukung dan cium pipi gebu anak anda. Si kecil yang tidak tahu apa, hanya mampu tersenyum atau paling kurang pun menangis jika dia tidak selesa.

Teruskan membaca