Kulat di dalam mulut bayi dinamakan sebagai thrush atau ibu bapa selalu perasan anak mereka Jangkitan mengalami keputihan di dalam mulut. Keputihan itu seakan-akan kepingan susu basi melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Kadang-kala di bahagian mulut menjadi kering dan kemerah-merahan. Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan radang di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu sama ada botol atau ketika menyusu badan.