TIPS MENGAJAR ANAK UNTUK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN

Puasa Ramadhan hukumnya wajib bagi kaum muslim yang sudah baligh. Namun demikian, tidaklah mudah melakukan puasa untuk pertama kali, terutama bagi anak-anak. Untuk itu, agar sikecil dapat terbiasa dan menghormati bulan puasa, maka anda perlu mengajarkan mereka dan memperlihatkan betapa indahnya bulan puasa itu.

Ibu bapa harus mengajarkan anaknya bagaimana membuat puasa dibulan Ramadhan agar menjadi sebuah pengalaman belajar yang menarik bagi anak-anak. Ibu bapa dapat mengajarkan anak-anak untuk menghormati bulan puasa dan memaknainya sebagai bulan dimana hati, fikiran, jiwa dan kesabaran harus bisa dikendalikan.

Teruskan membaca

8 JENIS IBU HAMIL YANG DILARANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Peluang untuk berpuasa penuh memang sesuatu perkara yang sangat dinantikan oleh kaum wanita. Hanya ibu hamil dan ibu menyusu yang masih belum datang haid sahaja berpeluang menikmati ‘rezeki’ tersebut. Namun tak semua ibu hamil mampu untuk berpuasa penuh atas faktor kesihatan.

Kehamilan di trimester awal mungkin memberi komplikasi bagi sesetengah ibu hamil apatah lagi pada peringkat ini bayi dalam kandungan sangat memerlukan nutrien untuk membesar. Maka sebelum ibu hamil memutuskan untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan ini, sebaiknya berbincang dahulu dengan doktor pakar yang merawat anda.

Penerangan dari Dr.Zubaidi Haji Ahmad dalam blognya bagus dijadikan panduan kepada semua ibu hamil yang hendak berpuasa.

Teruskan membaca

PERSEDIAAN IBU MENYUSU MENJELANG BULAN RAMADHAN

Lagi 3 hari sahaja lagi Ramadhan akan tiba, dalam keterujaan nak jalankan salah satu Rukun Islam ni terbit juga kerisauan terutama di hati ibu-ibu menyusu. Sudah pasti Allah tidak membebankan hambaNya jika tidak mampu.

Sedikit rukhsah (atau kelonggaran) mengikut situasi. Bukanlah membawa maksud jika menyusukan anak sahaja, dapat pas hijau untuk tidak berpuasa. Ia adalah salah sama sekali.

Adakah berpuasa membahayakan anak?

Teruskan membaca