Hari raya bakal tiba mesti semua keluarga tidak sabar-sabar pulang ke kampung. Buat Ibu Hamil yang bakal menempuh perjalanan panjang pulang beraya, kami ingin kongsikan beberapa tips yang boleh diguna pakai sepanjang perjalanan:
Tag Archives: anak sihat
SEBAB-SEBAB IBU SERING SAKIT KEPALA SEMASA MENYUSUKAN BAYI
Pernah tak anda rasa pening semasa menyusukan bayi? Kenapa boleh ada simptom ini? Takkanlah menyusukan anak boleh menyebabkan ibu sakit kepala. Sebenarnya ada sesetengah ibu pernah mengalami sakit kepala ketika menyusukan anak. Tetapi jangan salahkan susu ibu kerana menyusukan anak sama sekali tidak akan menyebabkan ibu sakit kepala.
KESAN JANGKITAN CACING PADA ANAK
Sudah tentu ramai ibu bapa menggagap masalah kecacingan adalah suatu penyakit biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Namun jangan ambil mudah. Gangguan kecacingan dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak.
Pakar Pediatrik KPJ Seremban Specialist Hospital Dr Syed Jefrizal Bin Dato’ Syed Jamal menghuraikan masalah kecacingan anak-anak.
KETAHUI PUNCA KANAK-KANAK SUSUT BERAT BADAN
Si manja sudah mencecah usia 10 bulan. Kalau dahulu, dia berisi dan tembam, kini semakin susut. Ramai yang bertanya “Awak bagi anak awak makan cukup tak?”. Jangan bimbang, asalkan si manja aktif, sihat dan menunjukkan perkembangan berdasarkan usianya, ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah. Fahami 6 sebab kenapa si manja kehilangan erat badannya.
8 AKTIVITI RIADAH BERSAMA ANAK
Anak-anak sepatutnya aktif melakukan aktiviti fizikal di luar rumah. Namun masalahnya kini terlampau kerap menggunakan skrin sesentuh sebagai aktiviti harian menjadikan mereka kurang terdedah dengan cahaya matahari dan berpotensi untuk mengalami masalah motor (pergerakan fizikal).
Tahukah anda, sinaran cahaya matahari bukan sahaja pembekal utama vitamin D pada kulit malah membantu untuk penyerapan kalsium yang lebih baik. Jom bawa anak keluar rumah untuk melakukan aktiviti aktif sambil mendapat vitamin D secara percuma.
Antara 9 aktiviti yang anda boleh lakukan di luar rumah ialah:
RISIKO KELAHIRAN PRAMATANG
Apakah ertinya kelahiran pramatang?
Dalam terma perubatan, kelahiran pramatang, yang juga dikenali sebagai kelahiran pramasa atau prematur, berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan.
Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.
CARA RAWAT SAWAN TARIK DI RUMAH
Apa itu sawan tarik? Sawan tarik berlaku apabila kanak-kanak ataupun bayi mengalami suhu yang tinggi iaitu 38 Celcius ke atas.
Memang kalau tiba-tiba terjadi sawan tarik, kita akan panic. Takkan kita terus google kan.
Mungkin anda boleh baca dan fahami terlebih dahulu. Andai terjadi samada anak sendiri ataupun orang terdekat di depan mata, kita boleh membanitu mana yang mampu sebelum di hantar ke hospital.
RISIKO ANAK TIDUR BUAI
Anak menangis sememangnya membuatkan hati ibu gundah. Jika dahulu kita lihat para ibu bersusah payah menidurkan anak mereka dengan cara menepuk bayi atau meletakkan mereka di dalam buaian.
Banyak tenaga yang digunakan bagi memastikan buaian sentiasa bergerak dan si comel kekal tidur lena. Kini, para ibu boleh tersenyum kerana teknologi membantu meringankan beban mereka dengan ciptaan buaian elektrik.
Tidak dinafikan buaian ini dapat membantu dan memudahkan kerja si ibu. Tetapi tahu kah anda buaian jenis ini tidak sesuai digunakan oleh anak anda. Ramai pakar kesihatan dan pakar penjagaan bayi menyarankan supaya tidak menggunakan buaian bagi menidurkan anak anda.
Ini kerana ia mengundang pelbagai risiko seperti kecederaan kepala pada kanak-kanak akibat terjatuh dari buaian semasa mereka tidur, bermain atau menyusu. Ini antara risiko lain yang mungkin dihadapi oleh bayi yang menggunakan buaian elektrik.
Berikut merupakan beberapa risiko anak tidur buai:
5 TIPS HADAPI ANAK CEREWET MAKAN
Aduhai, anak saya memilih makanan! Cerewet makan adalah normal dan biasa dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, para ibu perlu kreatif menarik minat anak untuk makan.
Menurut kajian, hampir 40 peratus kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun cerewet makan. Hal ini kerana mereka hanya makan makanan yang hanya mereka gemari dan tidak makan makanan yang mereka tidak suka. Perkara ini menyebabkan makanan yang diambil tidak seimbang seperti mana yang terdapat dalam pyramid makanan.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah anak yang cerewet makan.
5 PERKARA PENTING ANDA PERLU BERINGAT TENTANG UBAT SI ANAK
Anak sakit, demam, batuk atau selsema ibu bapa mana tak risau kan? Tetapi dalam kerisauan anda, anda perlu juga berhati-hati ketika memberi ubat kepada si manja.
Berikut merupakan 5 perkara penting anda sebagai ibu bapa perlu beringat tentang ubat si anak.