TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE MASJID

“Lecehlah, nanti dia bukannya solat terawih, main-main adalah. Malulah nanti kalau dia ganggu Jemaah lain. Kalau ajak dia duduk sebelah, ada pula orang cakap kita putuskan saf Jemaah. Hmm.. apa tips bawa anak kecil le masjid eh?”

Bahkan kanak-kanak perlulah di bawa ke masjid semenjak kecil supaya perasaan cintakan masjid serta cintakan solat berjemaah dapat dipupuk lebih awal dalam diri mereka.

Tapi, kadangkala ibu bapa berasa ragu-ragu untuk membawa anak kecil ke masjid, takut anak tak duduk diam dan mengganggu Jemaah lain.

Mari kita bincangkan serba sedikit tentang tips bawa anak ke masjid dan hukumnya.

Membawa anak kecil ke masjid adalah diharuskan. Namun, ibu bapa wajib menjaga dan memastikan anak-anak yang dibawa dalam keadaan yang boleh dikawal.

Teruskan membaca