Minyak Tenang Anakanda

whatsapp-image-2016-11-23-at-12-58-47-am

Minyak warisan bergenerasi ini dapat membantu melegakan dan menenangkan bahagian perut bayi selepas diurut lembut.Ramuan pati herba yang terpilih telah diformulasikan bagi memberikan kesan yang terbaik. Beberapa titik sudah cukup untuk membuatkan bayi anda kembali ceria.

 
For generations, this oil has been used to soothe colicky babies. The best herbal ingredients is specially formulated to give the best to our best. Just a few drops is all you need for a giggly, happy baby.
 

DIRECTIONS OF USAGE – CARA PENGGUNAAN

Cara penggunaan untuk kembung perut

  1. Titiskan minyak dan gunakan ibu jari untuk urut bahagian pusat bayi dalam bentuk bulatan.
  2. Urut bahagian ari-ari dengan lembut dengan menolak dari atas ke bawah.
  3. Urut dengan lembut bahagian ulu hati bayi.
  4. Akhir sekali, letakkan minyak dan urut lembut pada bahagian betis dan tapak kaki bayi.
  5. Boleh diamalkan selepas mandi dan sebelum tidur.
  6. Gunakan dalam kuantiti yg sedikit dahulu untuk membiasakan kulit bayi dengan amalam minyak herba.

Cara penggunaan untuk batuk dan kahak

  1. Sapukan minyak pada bahagian dada dalam bentuk bulatan.
  2. Gunakan beberapa titis untuk diletakkan pada bahagian tengkuk bayi.
  3. Akhir sekali, urut bahagian belakang bayi dan sapukan minyak dengan serata.

Cara penggunaan untuk selsema

  1. Titiskan minyak di telapak tangan dan dekatkan ke hidung bayi untuk dibau.
  2. Ulang beberapa kali untuk menyenangkan pernafasan dan melegakan hidung tersumbat.
INGREDIENTS
Minyak Kayu Putih – Eucalyptus Oil
Membantu dengan kahak dan selsema dan mempunyai ciri-ciri antiseptik
Minyak Buah Pala – Nutmeg Oil
Melancarkan pencernaan dan mengurangkan angin/kembung
Minyak Cengkih – Clove Oil
Membantu sirkulasi darah dan masalah kulit
Peppermint Oil – Minyak Daun Pudina
Mempunyai bau yang menenangkan dan mempunyai ciri-ciri antibakterial. Juga bagus untuk angin dan kembung.