TIPS MENJAGA ANAK CHICKENPOX

“Alamak apa bintik-bintik merah kat badan Aina ni? Macam chickenpox je. Ahh sudah..”

Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena chickenpox atau jangkitan cacar air.

Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘salam’. Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda.

Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah selsius menandakan dia diserang demam.

Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin ‘meriah’ di seluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu akan menjadi lepuh air.

Memang sah anak anda diserang chickenpox!

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.



1. Segera berjumpa doktor

Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Kuarantin anak daripada pengasuh/nurseri

Anak anda memang wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.

3.  Sapu losyen calamine

Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat.

4. Bagi anak minum air kelapa

Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawatchickenpox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkenachickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

5. Ambil paracetamol kanak-kanak

Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah selsius.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *