CARA RAWAT SAWAN TARIK DI RUMAH

Apa itu sawan tarik? Sawan tarik berlaku apabila kanak-kanak ataupun bayi mengalami suhu yang tinggi iaitu 38 Celcius ke atas.

Memang kalau tiba-tiba terjadi sawan tarik, kita akan panic. Takkan kita terus google kan.

Mungkin anda boleh baca dan fahami terlebih dahulu. Andai terjadi samada anak sendiri ataupun orang terdekat di depan mata, kita boleh membanitu mana yang mampu sebelum di hantar ke hospital.

Apa anda perlu buat kalau anak kena Sawan Tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran.

Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen.

Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *