5 MAKANAN PENTING UNTUK TUMBESARAN ANAK

Tanpa pemakanan yang betul, proses tumbesaran anak-anak boleh terbantut. Dalam kes-kes yang serius ia boleh mempengaruhi perkembangan dan kemampuan mental dan motoric mereka. Nutrisi penting ini terdapat dalam kumpulan makanan, terutama biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, susu dan protein.

Inilah antara 5 makanan yang terbaik boleh diamalkan dan membantu tumbesaran dan perkembangan anak-anak kita.


  1. Buah Beri

Buah strawberi dan blueberi kaya dengan vitamin C, antioksidan dan beberapa fitokimia penting. Zat-zat ini bermanfaat melindungi sel-sel sihat daripada kerosakan, dan meningkatkan system kekebalan tubuh.

 

  1. Telur

Telur sangat tinggi protein dan vitamin. Telur merupakan salah satu makanan sumber kolin yang paling banyak dan penting bagi membantu perkembangan otak. Biasanya telur dimasak secara rebus, goring atau dibuat omelet. Ia juga boleh ditambahkan ke dalam sup, bubur, gulai, nasi, mi atau dijadikan pencuci mulut seperti pudding.

 

  1. Susu

Susu merupakan sumber kasium dan fosfor yang baik, iaitu jenis mineral yang penting untuk membina tulang dan otot kanak-kanak. Berikan susu dengan lemak (jangan susu skim atau rendah lemak), jika anak anda belum berusia dua tahun kecuali anak berlebihan berat badan. Susu merupakan sarapan yang cepat dan mudah. Sajikan bijiran atau biskut. Ia juga boleh dicampurkan dengan buah-buahan.

 

  1. Mentega Kacang

Kacang mengandungi lemak tak tepu, juga menyediakan tenaga dan protein untuk anak-anak. Namun, ada produk mentega kacang yang mengandungi garam, gula, minyak sawit dan lemak terhidrat yang mengurangkan kualiti nutrisi.

 

  1. Keju

Keju mengandungi protein, kalsium, fosfor dan vitamin D. ia sangat bagus untuk tulang yang sihat. Anak-anak mungkin lebih menyukai keju seperti mozarela. Keju biasanya diberikan kepada anak bersama roti atau pizza. Ia diparut dan ditaburkan atas pasta, nasi goring atau mi.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *