SEBAB-SEBAB BAYI ANDA KERAP MENANGIS

Bayi menangis adalah perkara biasa, namun jika tangisan itu berlarutan, anda perlu waspada! Kenapa begitu? Jom kita mengintai permasalahan tangisan si manja.

Bayi tidak mampu bercakap. Satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badannya untuk menghasilkan bunyi. Bila bunyi-bunyian ini gagal difahami atau tidak diberi perhatian, maka bayi akan mula menangis.Selanjutnya ketahui 7 sebab bayi menangis yang mama ambil peduli.

 

Teruskan membaca

KESAN PENGGUNAAN “WALKER” KEPADA ANAK

Mesti ramai ibu yang ada bayi tak sabar nak masukkan anak dalam ‘walker’. Apatah lagi ada macam-macam jenis walker dengan pelbagai fungsi ada dijual di pasaran.

Rasa macam comel bila tengok si kecil bergerak-gerak sendiri menggunakan ‘walker’. “Mesti tak lama lagi pandai jalan anak aku ni.”

Selain berharap anak akan cepat jalan dengan bantuan ‘walker’, ibu juga merasakan ia boleh menjadi penyelamat ketika sibuk membuat kerja rumah. Tak adalah anak sibuk merangkak ke arah ibu dan minta didukung.

Sebelum anda membeli ‘walker’ untuk kegunaan si manja, ada baiknya anda baca dulu penerangan penting kesan penggunaan ‘walker’ terhadap perkembangan anak seperti dikongsi oleh Pakar Fisioterapi yang khusus dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak, Puan Sharfiza Binti Abdul Aziz dalam laman facebook beliau.

Teruskan membaca

KESAN TERLALU LAMA MENGAMBIL SUNTIKAN CEGAH KEHAMILAN

Terbaca di Blog Dr.Zubaidi dengan kesan pengambilan suntikan pencegahan kehamilan terlalu lama. Doktor yang menyuntik Depo Provera perlu melakukan ujian darah pesakit mereka untuk memastikan fungsi hati dalam keadaan baik.

Jika mereka mengalami sakit kepala, tekanan darah tinggi, masalah darah pekat dan juga masalah hati tidak sepatutnya mengambil suntikan pencegahan kehamilan.

Teruskan membaca

TIPS UNTUK MEMUPUK KASIH SAYANG ANTARA ADIK BERADIK SEJAK KECIL

Melihat wajah anak-anak, sudah tentu para ibu bapa melihat mereka dengan beribu harapan. Salah satu darinya pasti mengharapkan mereka adik beradik sentiasa bersatu dan saling sayang menyayangi sampai bila-bila. Sebenarnya harapan anda itu haruslah di usahakan daripada anak-anak masih kecil lagi. Bab kata pepatah jikalau mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini antara perkara yang perlu anda lakukan semasa anak-anak masih kecil kalau anda mahu hubungan adik beradik anak-anak terus kukuh dan bahagia sampai bila-bila.

Teruskan membaca

KETAHUI PUNCA KANAK-KANAK SUSUT BERAT BADAN

Si manja sudah mencecah usia 10 bulan. Kalau dahulu, dia berisi dan tembam, kini semakin susut. Ramai yang bertanya “Awak bagi anak awak makan cukup tak?”. Jangan bimbang,  asalkan si manja aktif, sihat dan menunjukkan perkembangan berdasarkan usianya, ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah. Fahami 6 sebab kenapa si manja kehilangan erat badannya.

Teruskan membaca

TIPS UNTUK PARA BAPA BILA ANAK HANYA MAHUKAN IBU SAHAJA

“Tak nak! Nak mummy pakaikan baju!”

Anak anda berusia 3 tahun mengamuk-ngamuk mahukan mama memakaikan dia baju dan menolak anda membantunya.

“Mama kan pegi kerja. Papa kan ada! Papa pun boleh tolong Aidan.”

Cubaan untuk mendekati si anak menyebabkan dia terus menolak anda semahunya.

Sentap juga dibuatnya naluri hati seorang ayah. “Apa yang buat mama dia special sangat? Papa yang selalu uruskan dia ke rumah pengasuh sebab mama keluar kerja awal, tapi ini yang papa dapat?” papa hanya mampu berkata dalam hati.

Apa yang anda patut lakukan?

Teruskan membaca

AMALAN WAJIB IBU BAPA PERLU BUAT BIAR ANAK TIDAK NAKAL LAGI!

Bukan mudah untuk membesarkan anak di zaman yang sangat mencabar sekarang ini. Majoriti anak-anak walaupun masih di bawah usia 6 tahun tetapi sudah biasa dengan ‘handphone’ dan maka berapa banyak maklumat dan pendedahan yang diperoleh oleh si kecil itu.  Kalau  yang positif tak mengapa tapi kalau semuanya negatif, siapa yang tak risau.

Kanak-kanak memang terkenal dengan kelasakan dan ‘kenakalan’ mereka. Biasalah kalau budak-budak ada nakalnya, kita tak boleh harap mereka duduk diam 24 jam. Sebenarnya aktif dan ‘nakal’ kanak-kanak kerana mereka belajar banyak perkara di persekitarannya. Namun, demikian ada juga kalangan anak-anak yang terlalu aktif dan nakal hingga mengganggu orang lain atau persekitaran mereka.

Selain berusaha melakukan pelbagai tip dan kaedah mendidik anak yang dikongsi oleh para ilmuawan dalam bidang pendidikan awal anak, ibu bapa yang beragama Islam juga hendaklah berusaha mengamalkan amalan yang disarankan oleh para agamawan.

Teruskan membaca

KAEDAH FLASHCARD DAPAT MERANGSANG OTAK BAYI

Flashcard (kad imbasan)…nampak bagus sekali untuk baby mama. Kad dengan gambar-gambar binatang ini pasti menggembirakan anakku. Eh, ada yang bergambar kartun…comelnya! Sesuaikah untuk si kecilku itu?

Ada pula yang mempunyai gambar dan perkataan di bawah gambar. Mungkin aku boleh mengajar si kecilku yang kini baru masuk usia setahun, membaca serta mengenal gambar sekali gus. Idea yang bagus…atau tidak? Mana harus kupilih? Perlukah aku membelinya…”

Mungkin ini apa yang sering anda fikirkan semasa berada di kedai buku untuk mencari bahan pendidikan si kecil. Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita menggunakan flashcard untuk mengajar anak? Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya sama ada pro dan kontra.

Teruskan membaca

CARA-CARA MEMBUAT AIR SELUSUH SENDIRI

Ibu-ibu moden zaman era teknologi sekarang mungkin tidak lagi percaya akan keberkesanan air selusuh tetapi tidak salah jika membuat ikhtiar ini. Selain dikatakan memudahkan proses bersalin, ia lebih digunakan sebagai penenang jiwa.

Apa yang ibu perlu tahu, kebiasaannya air selusuh digunakan sebagai suatu ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam maka tidak salah untuk mencubanya sebagai ikhtiar.

Sebaiknya air selusuh dibuat sendiri atau dibuatkan oleh suami, ibu bapa, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang dirasakan berkelayakan untuk melakukannya.

Ini adalah cara membuat sendiri air selusuh

Teruskan membaca

5 SEBAB KENAPA PERLU ELAK KERAP MEMUAT NAIK GAMBAR BAYI ANDA DI SOSIAL MEDIA

“Comelnya baby Kayra. Geram tengok kan. Hari-hari ada je gambar baru mummy dia post kat facebook,” puji Wawa tatkala melihat gambar anak kawan sepejabat yang baru bersalin.

Kita memang biasa kongsi gambar bayi dalam sosial media sama ada di facebook atau instagram. Sebenarnya rasa seronok dan bahagia bila dapat tunjuk pada semua kawan-kawan tentang kehadiran bayi dalam hidup kita.

Tetapi tahukah anda sebenarnya perbuatan berkongsi gambar bayi terutama yang baru lahir ke laman sosial boleh mengundang bahaya kepada kebahagiaan yang dikecapi. Rupanya ada sebab mengapa orang tua-tua tak benarkan kita menunjukkan gambar anak yang baru lahir kepada tatapan umum. Dibimbangi akan memakan diri kerana ada mata jahat yang sedang memerhati. Itulah penyakit ‘ain.

Teruskan membaca